Perbualan telefon dengan Customer Care |
Wahai TM ( Streamyx )...
Semenjak dua tiga menjak nie, aku rasa ada banyak perubahan berlaku pada STREAMYX aku, dulu capaian internet aku sungguh baik dari apa yang aku inginkan. Aku adalah pengguna 1Mb. Capaian Internet aku pada kelajuan Upload lebih daripada 450mbps dan kelajuan download aku lebih daripada 1.80mbps. Ia amat memukau aku untuk membuat kerja serta melihat movie dengan tanpa sekatan. Ini Buktinya :-
Bukti Speed Yang Aku Uji Pada 01/08/2010 |
Yang nie Link Yang pernah aku buat untuk memuji Kelajuan Internet Ciptaan STREAMYX (TM) - CLICK HERE.
Tapi kini aku rasakan ia amat buruk... ternyata amat buruk sekali. Kelajuan internet aku semakin hari semakin teruk. Apabila aku check speed ia turun mendadak. Kadangkala Upload dibawah 300mbps dan download 1.5mbps. Adakah Patut jadik macam tu ??? Nie Bukti Aku Tunjuk Kat Korang
Bukti Speed yang Aku Uji Pada 29/10/2010 |
Malah ia kadangkala membuatkan aku rasa macam nak terminated je akaun streamyx nie dan bertukar kepada apa yang dapat memuaskan hati aku, tapi aku masih lagi mempunyai kesetiaan tahap Gaban terhadap TM ( Streamyx ). Jadi kepada mereka yang mempunyai kuasa atau kuasa ditangan mereka. Cepat2lah bertindak sebelum pelanggan anda beralih ke servis lain. Aku masih lagi ingin melihat orang kuat TM berusaha menangani masalah ini. Kerana hati aku masih terpaut dengan STREAMYX... Jom Streamyx.. Jom Lajukan Internet Speed, supaya customer tak komplen... Sekian Terima Kasih
Salam 1 Malaysia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan