Pengikut

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Isnin, 1 November 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: STREAMYX - MENGAPA KAU SUKA BUAT AKU MARAH ?

Perbualan telefon dengan Customer Care


Wahai TM ( Streamyx )...


Semenjak dua tiga menjak nie, aku rasa ada banyak perubahan berlaku pada STREAMYX aku, dulu capaian internet aku sungguh baik dari apa yang aku inginkan. Aku adalah pengguna 1Mb. Capaian Internet aku pada kelajuan Upload lebih daripada 450mbps dan kelajuan download aku lebih daripada 1.80mbps. Ia amat memukau aku untuk membuat kerja serta melihat movie dengan tanpa sekatan. Ini Buktinya :-

Bukti Speed Yang Aku Uji Pada 01/08/2010

Yang nie Link Yang pernah aku buat untuk memuji Kelajuan Internet Ciptaan STREAMYX (TM) - CLICK HERE.


Tapi kini aku rasakan ia amat buruk... ternyata amat buruk sekali. Kelajuan internet aku semakin hari semakin teruk. Apabila aku check speed ia turun mendadak. Kadangkala Upload dibawah 300mbps dan download 1.5mbps. Adakah Patut jadik macam tu ??? Nie Bukti Aku Tunjuk Kat Korang

Bukti Speed yang Aku Uji Pada 29/10/2010

Malah ia kadangkala membuatkan aku rasa macam nak terminated je akaun streamyx nie dan bertukar kepada apa yang dapat memuaskan hati aku, tapi aku masih lagi mempunyai kesetiaan tahap Gaban terhadap TM ( Streamyx ). Jadi kepada mereka yang mempunyai kuasa atau kuasa ditangan mereka. Cepat2lah bertindak sebelum pelanggan anda beralih ke servis lain. Aku masih lagi ingin melihat orang kuat TM berusaha menangani masalah ini. Kerana hati aku masih terpaut dengan STREAMYX... Jom Streamyx.. Jom Lajukan Internet Speed, supaya customer tak komplen... Sekian Terima Kasih


Salam 1 Malaysia... 


READ MORE- Putera30 PhotoGrapher And Designer: STREAMYX - MENGAPA KAU SUKA BUAT AKU MARAH ?

| Hasil Seni Kait Ariena |: Hasil Kait Ariena - | Sarung Botol Susu | Saiz Sed...

Sarung Botol Susu ini sungguh cute dan amat sesuai buat botol susu yang bersaiz kecil atau sederhana . Ia boleh di ubahsuai mengikut citarasa dan kehendak pengguna.. Cepat selagi stok masih ada!!! Ia adalah design baru yang telah di naiktaraf.

 
 
Harga : RM 40 Shj
KINI HANYA RM 35 SHJ
| Promosi Sah Sehingga Bulan Disember |
READ MORE- | Hasil Seni Kait Ariena |: Hasil Kait Ariena - | Sarung Botol Susu | Saiz Sed...

Selasa, 24 Ogos 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke -53 - Jom Le Kempen Letakkan Bendera Jalur Gemilang Dalam Blog ANDA !!!


Sempena 31hb Ogos 2010, Marilah kita ucapkan kepada Malaysia bahawa kita sebagai Bloggers menghormati serta sentiasa menyokong MALAYSIA sebagai negara yang kita cintai.. Sempena bulan kemerdekaan ini marilah kita membuat satu |kempen| ia ini kempen jalur gemilang.. walaupun ia tidak berkibar di dalam blog anda ia sudah memberikan seribu makna.. Marilah kita meletakkan bendera tersebut didalam Blog kita sebagai Tanda kita menyintai Malaysia 

Tak terlambat lagi rasa kita nak tunjukkan semangat syg dan cintakan kita kepada negara sendiri. Bersamaan dengan bulan kemerdekaan dan kibar jalur gemilang. Apa salah kita juga sebagai bloger mengibarkan jalur gemilang dalam blog kita. So oleh itu, aku plan untuk satu kempen bukan lah besar sgt dan hanya memerlukan sokongan dari seluruh blogger2 yg ada di Malaysia. "Kempen 1 Blog 1 Bendera" itu lah yg aku maksudkan. Mudah sahaja dengan hanya meletak bendera2 yg ada ini di blog anda itu sahaja.

* Click gambar bendera di bawah ini dan 'save'kan untuk diletakkan di blog anda.

 



Semoga kita sama2 menyemarakkan semangat kemerdekaan yg telah kita capai selama 53 tahun ini untuk generasi akan datang. Jutaan Terima Kasih kepada yg telah menyokong.
READ MORE- Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke -53 - Jom Le Kempen Letakkan Bendera Jalur Gemilang Dalam Blog ANDA !!!

Isnin, 19 Julai 2010

Putera30 PhotoGrapher And Designer: PAKEJ STREAMYX 1 MALAYSIA - LOW PRICE

Putera30 PhotoGrapher And Designer: PAKEJ STREAMYX 1 MALAYSIA - LOW PRICE: "Dengan melanggan pakej streamyx jalur lebar 1 malaysia ini anda akan menikmati jalur lebar di seluruh Malaysia ( STREAMYX ZONE ) terdapat l..."
READ MORE- Putera30 PhotoGrapher And Designer: PAKEJ STREAMYX 1 MALAYSIA - LOW PRICE

Ahad, 18 Julai 2010

PAKEJ TERBARU STREAMYX - Tmnet tawar pakej jalur lebar beserta netbook dengan hanya RM38 sebulan

Promosi terbaru Telekom Malaysia, pakej jalur lebar beserta netbook dengan harga serendah RM38 sebulan. Penulis tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej ini setelah melihat Tmpoint penuh sesak dengan pelanggan yang ingin melanggan pakej terbaru TMnet ini. Penulis terus balik kerumah dan mencapai DECT phone penulis dan terus mendail 100 dan terus bertanya dengan pihak Tm untuk mengetahui dengan lebih lanjut term and condition pakej ini.



Pakej Jalur Lebar Dengan Netbook - T&C  

Pakej Jalur Lebar TM dengan Netbook (luar kawasan USP) (“Pakej”) ini terbuka kepada semua penduduk warganegara Malaysia di kawasan yang telah dikenal pasti oleh TM sahaja dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000 sebulan bagi kawasan bandar dan RM3000 bagi kawasan luar bandar.
Tempoh minimum langganan adalah selama 24 bulan.
Jaminan untuk modem WiFi adalah selama 12 bulan.
Pakej ini terbuka kepada pelanggan yang memiliki talian tetap TM sahaja.
Tidak sah untuk Streamyx-in-a-box (SIB).
TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
Sebarang kekurangan dan kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal (HP atau Nadi Ayu, yang mana tergunapakai) sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
Netbook akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja Streamyx dipasang dan diaktifkan serta tambahan 5 hari diperlukan untuk penghantaran ke kawasan terpencil cth: perlu menaiki bot / melalui jalan lori.
Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
Pelanggan Komputer 1Malaysia akan terus membayar harga yang sama selepas 24 bulan manakala pelanggan HP akan membayar harga yang sama seperti pelanggan Komputer 1Malaysia hanya selepas 24 bulan.
Pelanggan akan dikecualikan daripada membayar yuran pengaktifan sebanyak RM75 dan yuran pemasangan sebanyak RM88 serta mendapat potongan harga yuran langganan sebanyak 50% untuk bulan pertama.
Bagi permohonan Streamyx dengan talian tetap TM baru:
Deposit Perkhidmatan : RM75
Duti Setem: RM10
Tiada yuran Penyambungan: RM50
Pendawaian Dalaman: RM30 –RM50 (Dibayar kepada kontraktor pemasangan)
5 meter pertama – RM50
Caj untuk setiap 1 meter seterusnya – RM5/meter
TM dan/atau wakilnya berhak untuk menolak permohonan daripada pelanggan yang dirasakan tidak layak untuk pakej ini.
Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan Streamyx. Terma & syarat perkhidmatan Streamyx juga terpakai ke atas terma & syarat pakej ini.


READ MORE- PAKEJ TERBARU STREAMYX - Tmnet tawar pakej jalur lebar beserta netbook dengan hanya RM38 sebulan

Jumaat, 16 Julai 2010

It's Me

READ MORE- It's Me

My Daughter

READ MORE- My Daughter
Related Posts with Thumbnails