Pengikut

Ahad, 18 Julai 2010

PAKEJ TERBARU STREAMYX - Tmnet tawar pakej jalur lebar beserta netbook dengan hanya RM38 sebulan

Promosi terbaru Telekom Malaysia, pakej jalur lebar beserta netbook dengan harga serendah RM38 sebulan. Penulis tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej ini setelah melihat Tmpoint penuh sesak dengan pelanggan yang ingin melanggan pakej terbaru TMnet ini. Penulis terus balik kerumah dan mencapai DECT phone penulis dan terus mendail 100 dan terus bertanya dengan pihak Tm untuk mengetahui dengan lebih lanjut term and condition pakej ini.



Pakej Jalur Lebar Dengan Netbook - T&C  

Pakej Jalur Lebar TM dengan Netbook (luar kawasan USP) (“Pakej”) ini terbuka kepada semua penduduk warganegara Malaysia di kawasan yang telah dikenal pasti oleh TM sahaja dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM5000 sebulan bagi kawasan bandar dan RM3000 bagi kawasan luar bandar.
Tempoh minimum langganan adalah selama 24 bulan.
Jaminan untuk modem WiFi adalah selama 12 bulan.
Pakej ini terbuka kepada pelanggan yang memiliki talian tetap TM sahaja.
Tidak sah untuk Streamyx-in-a-box (SIB).
TM akan menghantar bil bulanan sebaik sahaja perkhidmatan berjaya diaktifkan.
Sebarang kekurangan dan kecacatan Netbook akan ditanggung oleh pihak pembekal (HP atau Nadi Ayu, yang mana tergunapakai) sepanjang tempoh jaminan selama 12 bulan.
Netbook akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja Streamyx dipasang dan diaktifkan serta tambahan 5 hari diperlukan untuk penghantaran ke kawasan terpencil cth: perlu menaiki bot / melalui jalan lori.
Pelanggan tidak dibenarkan untuk menukar kepada pakej lain yang ditawarkan TM sepanjang tempoh minimum langganan.
Pelanggan Komputer 1Malaysia akan terus membayar harga yang sama selepas 24 bulan manakala pelanggan HP akan membayar harga yang sama seperti pelanggan Komputer 1Malaysia hanya selepas 24 bulan.
Pelanggan akan dikecualikan daripada membayar yuran pengaktifan sebanyak RM75 dan yuran pemasangan sebanyak RM88 serta mendapat potongan harga yuran langganan sebanyak 50% untuk bulan pertama.
Bagi permohonan Streamyx dengan talian tetap TM baru:
Deposit Perkhidmatan : RM75
Duti Setem: RM10
Tiada yuran Penyambungan: RM50
Pendawaian Dalaman: RM30 –RM50 (Dibayar kepada kontraktor pemasangan)
5 meter pertama – RM50
Caj untuk setiap 1 meter seterusnya – RM5/meter
TM dan/atau wakilnya berhak untuk menolak permohonan daripada pelanggan yang dirasakan tidak layak untuk pakej ini.
Terma & syarat pakej ini adalah tertakluk juga kepada terma & syarat perkhidmatan Streamyx. Terma & syarat perkhidmatan Streamyx juga terpakai ke atas terma & syarat pakej ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails