Pengikut

Jumaat, 16 Julai 2010

Tips Indoor | Fotografi Perkahwinan - Sumber Daripada Fotomedia Thread

Seseorang jurugambar perlu melengkapkan pengetahuan dan pengalaman kerana lazimnya tugasan yg melibatkan indoor shot ini memerlukan kita menggunakan sepenuhnya pengetahuan basic iaitu aperture, shutter, ISO, WB dan pengcahayaan natural & flash. Selain peralatan yg mencukupi, perkara2 asas tersebut adalah kunci kepada penghasilan gambar yg bernilai komersil dan berseni.

Antara peralatan basic yg perlu ada utk penggambaran low light:-

1. Lensa Kit lens / general zoom
Lazimnya lensa ini juga mempunyai bukaan normal wide 17mm sehingga tele 70mm. Cukup utk merakamkan candid, insurance foto dan grup foto.

2. Lensa Tele
Biasanya mempunyai range zoom antara 70mm hingga 300mm. Lensa yg mempunyai aperture besar atau lebih dikenali dgn "fast lens" adalah satu kelebihan. Sesuai utk candid.

3. Prime lens
Prime lens adalah lens yg mempunyai range tetap dan biasanya mempunyai fix aperture. Lazimnya lens ini mempunyai aperture yg besar dan menjadikan foto anda lebih artistik jika di apply pada foto yg berunsur kreatif. Sesuai utk detail shoot, candid dan general foto.

4. Flash
Merupakan alat terpenting utk bantuan pencahayaan. Sepanjang pengalaman saya, 90% foto indoor saya rakamkan dengan penggunaan flash. Pastikan anda mempunyai set bateri yg mencukupi.

Keempat2 aksesori di atas adalah perkara basic yg perlu ada sekiranya anda ingin merakamkan foto2 indoor yg menarik dan cemerlang. Aksesori lain seperti lensa ultra wide angle, superzoom lens 18-200, Stofen, GFII Lightsphere juga adalah alat tambahan yg dapat menghasilkan foto anda dengan lebih menarik dgn cara yg lebih mudah lagi. Tetapi pada saya, dua lens iaitu kitlens dan tele dan satu flash memadai sebagai permulaan utk anda mengorak langkah menimba pengalaman dalam merakamkan foto low light.

Jurugambar yg ingin serius dalam fotografi perkahwinan tidak akan lari dari menghadapi keadaan seperti begini. Oleh itu, jika anda belum mahir dalam selok belok low light, disarankan anda menjalani sessi amali bersama jurugambar2 yg biasa membuat penggambaran di dalam dewan. Biarpun tanpa bayaran, pengalaman adalah pelajaran yang paling berharga jika anda benar2 inginkan kemahiran dalam skill low light.

Sesetengah jurugambar baru, agak takut untuk menggunakan kombinasi shutter slow, aperture kecil, penggunaan ISO tinggi melebihi 800 ke atas, penggunaan direct flash, dan ada juga yg takut menggubah WB selain dari WB auto. Anggapan itu semua perlu dibuang ketepi kerana tanpa pendedahan dan pengalaman, percayalah, anda tidak akan menjadi seorang jurugambar yg berjaya.

Sebagai jurugambar perkahwinan moden, bidang kerja ini biasanya byk melibatkan penggambaran di dalam Hotel, Ballroom, Dewan, dan juga restoran2 mewah. Itulah yg membezakan antara jurugambar moden dengan jurugambar tradisional dimana anda tiada masa dan ruang utk membawa peralatan pengcahayaan spt strobe yg lazimnya dgunakan oleh kebanyakan jurugambar2 tradisional. Oleh itu, sebelum anda keluar menerima tugasan penggambaran di dalam dewan, lengkapkan dulu diri anda dengan kemahiran spt yg saya sebutkan tadi.

Ingin ditekankan bahawa selain compotiion / art of seeing yg menarik, kemahiran basic bagaimana utk mengendalikan kamera dalam keadaan low light adalah merupakan perkara asas yg perlu didalami sepenuhnya. Perkara utama yg perlu di ambil kira ialah mendapatkan "insurance" photo terlebih dahulu sblm berkira2 utk bermain dengan karya kreatif atau berseni. Insurance photo adalah dimana gambar wajib yg perlu ada pada setiap acara dan majlis seperti kedatangan tetamu, kaunter pendaftaran, majlis memotong kek dan grup foto. Perkara2 ini perlu ada dan wajib ada dan boleh juga diselang seli dengan foto yg berunsur kreatif sekiranya berpeluang utk merakamkannya.



Selain itu, detail shoot juga perlu dimana ianya merujuk kepada foto yg melibatkan barang2 perhiasan di meja spt gift, bunga telur, bunga rampai, pelamin dan sebagainya. Sebagai seorang jurugambar perkahwinan yg dibayar, anda perlu mencari 80% gambar yg menjadi dari jumlah shoot anda dimana shoot2 tersebut adalah shoot yg memaparkan pelbagai angle, moment dan sebagainya. Bukan senang utk mendapatkan jumlah 80% itu tambahan pula jika diambil di dalam dewan yg mempunyai pencahayaan yg agak terhad.

Fikirkanlah, betapa susahnya utk kita bekerja mendapatkan shoot2 yg sebegini. Adakah sanggup kita bekerja dengan bayaran yg agak murah? jika kita berkerja dgn orang sering kali kita merungut jika dibayar murah dgn kerja yg tak setimpal, begitulah sebaliknya. Bayaran utk kerja2 sebegini juga ada tahap2nya setimpal dengan pengetahuan dan kemahiran yg kita ada. Dibawah ini ialah sedikit contoh dan penerangan yg saya inginkan kongsikan bersama. InsyaAllah, di lain masa berharap ramai lagi yg sudi berkongsi pengalaman ketika shoot indoor. wassalam.

-----------------------------------------------------------------------------------

Penulis adalah jurugambar bebas yg masih baru dan fresh dalam fotografi perkahwinan semenjak Jun 2006. Berpengalaman merakamkan fotografi di dalam dewan bersama jurugambar2 yg lebih lama dan berpengalaman. Penulis juga berminat utk berkongsi pengalaman dengan para pembaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails